Zaman Paleolitik di Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.
Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Isi kandungan[sorok] |
[sunting] Ciri-ciri Penempatan
Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.
Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam.
[sunting] Kegiatan dan Peralatan
Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
- Kapak Genggam
- Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
- Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
- Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat
[sunting] Kepercayaan
Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.
[sunting] Lokasi Di Malaysia
- Kota Tampan, Perak - 1989
- Bukit Jawa, Perak - 1996
- Bukit Bunuh, Perak - 1987
- Gua Niah, Sarawak - 1975
- Tingkayu, Sabah - 1992







0 Response to " "
Post a Comment